UPDATES THAT NO ONE NEED...
Monday, June 1, 2026
Assalamualaikum Yasmin...
Since my last posts were written back in 2021. U guys missed a lot!!! Not that I have readers here but lemme be delulu in my own space :p A lot has happened over the years! Felt like sharing it here but it might take few days.... As it was an indeed a roller coaster journey mood yearss. Imma listed it down before I forgot. Might add few more later, but yeah lets worry about later when it happen.
- I went to Korea for the 3rd time out of boredom. Jeju! Kinda dented my life tho. Yes dented. Ada lekuk dalam memori, kewangan especially & sejarah hidup seorang yasmin. Umpama ada big black hole. Does quitting job count? Quit my job just to travel. Michin saram. But with one main reason!! Reset my mind and it worked!... Somehow.. oh ya! quit my job from my 2nd company hehe.
- My beloved grandmother passed away on 13th July 2023. The starts of a new journey for all of us (family)
- Next, Alhamdulilah diterima masuk bekerja di sebuah syarikat bumiputra a.k.a supposed to be a TVET Institution. But ended up with so many things.. can't wait to share it! Can't wait to let it go from this crazy mind.
- Furthermore!! My brother got married?! Masih terasa pelik tapi masih dalam proses loading - menerima - mengaplikasi juga
- Last but not least...somehow ter-develop attachment issues with my co workers. My Teammates! I love them so much to the part where letting go is super super super hard and sakit. Saya ni tak takut kehilangan- but bila tiba tiba imagine diorang tiada one day - ada satu perasaan takut tiba tiba datang? Bukan takut... tak tahu apa perasaan tu. Umpama ditinggalkan? arghhh later I elaborate. Macam perlu one whole post je untuk topik
Terima Kasih sudi baca.
Missed you!
Cuti Raya Korban 2026!
Saturday, May 30, 2026
My problem is:
I always think to much on other people feelings. Why did I do that? Why did I say that? What does they think of me? Am I overboard? Am I not supposed to be this & that. Am I right? Am I wrong?....
Oooooohh! My brother got married a few months ago.. They got married in December last year... so its been 5? 6 months? Whatever it is!! I am about to become Maklong!!! hmm Maklong does sound old.. should I call myself Makyong? Or Kakyong? Ibuyong? Mama? Mamayong!? Definitely need to do some research on a cute kata nama diri to address myself ahahahah
Work update? mmmmmm still struggling to adapt with the management a.k.a bosses even after almost 3 years mencari rezeki disini. But Wallahi! I love my teammates in my current company! Dan ini membahayakan sebab... somehow this relationship between my teammates... buatkan saya ada "Attachment Issues" I need them in many ways? I need them together with me, in order to made me feel alive during office hour. a.k.a to stay sane. I need them to be together with me.... gila kan? It's like, they've become my safe haven. Petanda kena cari kerja baru?
But Wallahi, I used to make doa untuk dapat rakan sekerja, teammates yang begini dan begitu. And Allah bagi! Ya Allah. What is happening to me? Jika ini baik untukku, baikkan dan tenangkan situasi ini untukku. Jika tidak, tenangkan aku dan bantu aku untuk menjauhi dari kesenangan itu.
"But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." [1]
See you soon Yasmin!
It took you almost half & hour + to write again phewhhh. Congratulations you did it! You break the plateau insyaallah
Raya di rumah sekali lagi!
Friday, May 7, 2021
Boleh nampak sangat all they need di usia macam tu is companianship. Please dont ever leave them alone. Teringat uwan dikampung. Banyak kali tanya abah, "Ghayo mano tahun ni".
Sejak 2009, lepas tokwan meninggal, Sendayan lah satu satunya kampung yang kitorang ada untuk beraya dengan uwan. Im sorry if my writing akan offend anyone. But I had enough. Betullah, allah tu maha adil. Hikmah covid, baru semua adik beradik abah gusar siapa nak teman wan raya nanti.
Out of 11 years until 2019. Sekali je kitorang balik beraya kuantan 1st day raya. Masa tu, bibik masih ada dengan kitorang. Kitorang adik beradik excited bawa bibik balik kampung. Semua tempat kitorang tunjuk. "Bik tu tempat jual karipap. Bik ni mokteh. Bik ni itu, ni ini." Hahahaha.
Pejam celik pejam celik 10 tahun juga kami beraya di Negeri Sembilan. Buka puasa untuk hari last ramadhan umpama acara wajib kami setiap tahun tak pernah missed. Malam raya meriah sangat, cucu, anak saudara, sepupu, makcik pakcik semua berkumpul makan, main mercun ramai². Tapi malam tu jelah yang seronok. Pagi raya yang sepatutnya dilimpahi dengan gelak ketawa, suasana masak rendang kat dapur macam dalam iklan raya tu..tak kami rasai. Jujur saya cemburu dengan rakan yang masih ada suasana tidur luar ramai- ramai, beratur nak gosok baju dan beratur nak mandi. Pernah dapat memori macam ni tapi waktu kecik² dulu jelah 💞 Waktu rumah uwan masih berdinding dan berlantai kayu. Lepas rumah baru siap dibina dan atuk meninggal, rasa lain sangat suasana di kampung. Bermula dari situlah, perubahan perlahan-lahan berlaku.
Apa apa pun, pagi raya yang sepatutnya ceria jadi ala kadar buat kami selepas itu. Masih ceria cuma tak meriah. Meriah! Tapi selepas tengahari. Bila adik-beradik abah mula penuhkan ruang rumah, waktu tu lah mula meriah. Saya tak tahu, suasana ni normal atau tidak. Waktu masih sekolah dulu, excited tau! bangun pagi siap-siap. Abah bawa uwan pergi masjid solat hari raya aidilfitri. Saya kebiasaannya akan tolong mak di dapur. Bila di ingat kembali, rasa nak menangis pula. Mak memang abdikan masa pagi raya dia 90% di dapur. 10% lagi tolong suami & anak bersiap pakai baju raya. Outfit pagi raya mak tiap tahun, baju tshirt biasa je. Makanan dah siap masak dan dihidang, menjelang tengahari baru mak siap-siapkan diri sendiri. Oh ya! Saya masih ingat waktu form 4(2016) saya mula sedar akan sesuatu. Rasa pelik sangat. Persoalan ni mula bermain dalam fikiran saya "Kenapa tiap tahun, aku siap awal² tapi takde orang pun datang awal?" Waktu tu, mula rasa kesian sangat kat uwan. Dan dari situ, saya mula perasan satu habit yang dah jadi kebiasaan sehingga kini. Uwan suka duduk tepi pintu pandang pagar luar.
Setiap pagi raya, TV kitorang akan buka untuk elakkan kesunyian. Rancangan mhi kalau tak silap saya main tiap pagi raya. Waktu² tu kebiasaanya, uwan akan duduk depan tv dan nangis dalam senyap. Meski tiada air mata menitik, mata uwan merah berair. Waktu tu jugalah kami sekeluarga duduk depan uwan dan minta maaf. Lagi bertambah sedih pula uwan haha.
Oh ya nak tahu tak? Raya tahun lepas, raya pertama kami sambut di rumah sendiri. Raya PKP 2020. Kekok sangat kami rasa beraya di rumah sendiri. Seusai solat sunat raya aidilfitri, kami cuba mengikuti trend adik-beradik abah. Ambil gambar, salam raya dan makan². Tapi lepas tu kami bingung tak tahu nak buat apa 😟 sebab tak boleh kemana-mana.

Since 2009 we missed acara deco rumah sendiri & we missed beraya di rumah sendiri. Semua orang sibuk hias rumah, lawakan ruang tamu. Cat baru, langsir baru, pinggan baru. Tapi kami? Kami tiada moment² macam tu dirumah kami sendiri.
Bukanlah niat saya untuk tuding jari atau nak putarkan masa betulkan apa yang sepatutnya dibuat. Masing masing boleh berfikir mana patut dan mana tak patut. Jangan pernah pandang rendah benda yang dianggap remeh. Kalau dulu, "takpe, adik ada" "takpe, xx ada" boleh dimaafkan.. mungkin. Tapi sekarang ni keadaan dah berubah, harap masing masing boleh berfikir dengan betul. Kami di selangor tak boleh nak rentas negeri walaupun tanggungjawab anak untuk pulang tengok ibu tu wajib. Anak² yang berdekatan di sana perlu pegang tanggungjawab sebagai seorang anak dengan lebih. Jujur saya menulis ni sebab saya sedih dengan sikap mereka, tuding jari kata abah dan adik beradik abah lain tak balik tengok uwan. Allahuakbar. Kalau lah saya sekaya nealofa, hari hari saya sediakan kenderaan beserta driver hantar abah dan adik-beradik abah yang duduk luar negeri sembilan ni untuk pulang tengok uwan.
Dan ini lagi satu, allahu. Saya cukup sedih dengan orang yang gemar bagi alasan untuk beredar cepat. Tambahan uwan tulah yang jaga dan membesarkan semua waktu kecil dulu. Saya adik beradik tak diberi kesempatan untuk dijaga oleh uwan sebab mak suri rumah, kami 100% dijaga oleh mak di rumah sendiri. Saya faham kalau ada parents yang hantar anak anak kat rumah nenek mereka waktu diorang bekerja sebab tiada siapa nak jaga budak kan. Bagi saya, menjadi satu kewajiban untuk parents supaya sentiasa menerapkan nilai nilai baik kepada anak mereka dan sentiasa ajar anak² itu untuk hargai nenek mereka. Balas jasa nenek mereka itu. Tugas nenek ni bukan untuk jaga cucu tau sebenarnya. Jaga setakat boleh, tapi kalau jaga umpama anak sendiri, dari pagi hingga malam duduk di rumah nenek, tolong mandikan, hantarkan pergi sekolah dah dikira luar bidang 'jobscope' sebenar seorang nenek. Masyaallah, tolonglah hargai nenek kita tu.
Sekian rentetan (lebih kepada luahan) dari seorang yasmin. Its been so long since I've wrote last post. Rindu! Kita cuba semula ya yasmin untuk hidupkan blog ni. Janji yang ke seribu kali.
Post ini telah diedit demi menjaga hati sendiri.
Thank you & Miss you!
Life update as of November 2020
Sunday, November 1, 2020
Assalamulaikum, kembali lagi disini. Alhamdulilah sihat, makin membesar dengan jayanya dan currently working from home with a lot of duniawi stress. Tajuk harini adalah "Am I being underpaid during this current pandemic?"
Recently, ramai sangat tweet pasal underpaid. So, I pun tanya balik diri I, am I being underpaid? So whose fault is this? Why is this happening?
Well, mmm yes I think I am being underpaid despite having a degree and multi-tasking plus ad-hoc work in a small company. I am in awe actually, wow Yasmin masih survive dengan company ni. First of all, 2019 me tak pernah kisah akan berapa jumlah saya akan digajikan. Jujur saya tak pandang duit. Yang saya pandang adalah, saya nak bekerja untuk dapatkan 'working experience' untuk bekerja di company yang lebih bagus dan established. Tapi sekarang, macam stuck pula disebabkan Covid-19. Nak tak nak I have to stay sebab perlukan duit and I don't like it. Untuk dua bulan yang pertama last year, jujur saya paksa diri saya bekerja untuk dapatkan pengalaman sahaja. Tapi lepas 3 bulan, saya kata semula kat diri saya untuk bantu company ni grow sebab company ni kecil, saya boleh terapkan semua knowledge 4 tahun saya belajar di Universiti dan saya rasa saya bebas untuk bantu company ni. Tapi sangkaan saya salah.
Baru 3 bulan bekerja, saya ditawar untuk pergi ke Korea bantu photoshoot dan videoshoot produk company. Demi Allah, saya sangat terkejut sebab masih baru bekerja dan saya pun tak pernah jumpa bos company. Bayangkan, pergi ke Korea atas urusan kerja untuk company bersama bos yang tak pernah jumpa pun dan saya baru bekerja tak sampai 3 bulan pun lagi. I don't know what was my boss thinking at that time. Kebetulan waktu tu pun saya dilamar(walhal pi apply haha) untuk bekerja di sebuah syarikat Advertising Agency dan ditawarkan gaji 2x ganda dari gaji sekarang. I don't know what possessed me at that time. I tolak tawaran kerja tu and join pergi ke Korea. Saya tak menyesal waktu tu, tapi saya menyesal sekarang. But memang tak dapat dinafikan , trip ke Korea memang satu peluang yang sangat menyeronokkan bagi saya &eye opening gituww untuk lebih mengenali company ini.
Tonton video Korea saya disini
Kini setahun berlalu, saya tak dapat kenal pasti apa yang saya dapat belajar kat sini. Hmmmm. Seteruk teruk saya dibuli sewaktu intern dulu, saya dapat juga belajar sesuatu yang saya terapkan sampai sekarang. Tapi saya rasa saya mahir dalam mendengar arahan kot dan sentiasa senyum. If anyone read this, doakan saya untuk dapat kerja lain as soon as possible. My resignation letter pun dah ready tapi saya tak kuat nak submit lagi sebab waktu-waktu sekarang, semua orang memerlukan duit. But one thing for sure! I want to resign so badly that I might just resign anytime soon sebab penat dengan tekanan being micromanaged. Even working from home pun, saya rasa stress tu makin meningkat. Ive always had this prinsip since zaman study, I wont balik bilik hingga siap assignment. Bila buat kerja kat bilik sendiri, memang takkan tersiapnya. Hostel room/ rumah is some place untuk kita berehat, tempat kita stress-free. But now, things changed indeed. Nasib lah kan. Ambil side positif je, atleast I dapat tengok peluk salam mak abah 24/7.
Saya pun tak nak sia-siakan wang ringgit abah laburkan untuk saya habis belajar di universiti untuk saya dilayan macam orang tak pandai dan dipandang rendah. Tidaklah saya nak orang pandang tinggi ke saya!! Tapi setinggi mana kita berdiri jangan pernah merendah rendahkan orang lain. I thought I've met all sort of perangai waktu belajar tapi rupa-rupanya banyak lagi ragam manusia di luar ni. May Allah protect us all.
Lastly, It is sad to see that we are now living in a sad reality. We dont even have any choice. I have to positifkan diri. Setiap hari berlawan dengan minda dan hati to keep saying "its ok". Trust Allah in this journey and Allah always with me 24/7. Chaiyok Yasmin!
다음에 또 만나요!!
안녕!
M O N E Y
Wednesday, June 24, 2020
D 3 - 4 K O R E A 2 0 2 0
Sunday, May 3, 2020
Day 3 & 4,
Hari yang paling ditunggu-tunggu. Kami ke daerah luar Seoul. Nama tempat tu Daegwallyeong. Tiga jam lebih jarak perjalanan dari Seoul. Terasa seperti pergi roadtrip dengan family dan kawan-kawan. Untuk kesana, boss sewa mini van (Hyundai Starex) beserta driver. Asalnya nak drive sendiri tapi nanti sesat pula dekat sana sebab tiada sorang pun dari kitorang boleh cakap Korea fluently. Tapi, driver kitorang tak boleh cakap english pula. App Papago banyak membantu untuk bercakap dengan ahjussi tu. Isyarat tangan pun turut membantu haha.






Btw, kenapa ada gambar oppa kat atas tu? Not so oppa lah, dia suruh panggil Mr Kim haha sebab susah nak sebut nama dia. Kitorang hire dia untuk shoot video. Siapa tahu Kmong? Hire dia dari situlah. Kmong ni macam website untuk cari freelancer dalam semua bidang. Website ni dalam bahasa korea dan bukan semua orang dalam tu boleh cakap english.
= Cerita tak habis lah korang! Nanti yasmin update lagi okay. Cerita cerita kitorang travel dengan iman troye di Korea hahah. Xdelah gurau je. Alhamdulilah iman dah berjaya jadi penyanyi yang comel. Memang impian dia! Tiap tiap masa nyanyi je hahah. Semoga sukses sentiasa!
D - 2 K O R E A 2 0 2 0
Friday, April 3, 2020

Sampai sahaja di area Itaewon, kenangan korea tahun 2019 lalu datang mengusik. Area Itaewon inilah tempat kitorang menginap selama 5 hari di Eid Guesthouse. Makan di the halal guys.. Balik tengah malam terperangkap di tengah tengah sekumpulan orang mabuk.. Nak balik rumah, kena mendaki bukit, nak turun beli kebab kat bawah pun kena turun bukit. Sumpah kenangan!

Sebelum balik.. saya, farah, iman, sarah & balqis ke Daiso untuk beli barang keperluan rumah yang habis seperti tisu dan lain lain. Daiso korea mungkin tak jauh beza dengan malaysia tapi kat Korea, kedai diorang lagi besar, luas and bertingkat-tingkat. Semua keperluan ada kat situ. Selesai membeli, sarah and balqis suggest jalan kaki balik ke rumah. nampak tak sengih tu. Mestilah excited! Bila lagi nak berjalan kaki malam malam time kat korea dalam musim sejuk ni! Nak dipanjangkan cerita lagi. Kitorang dah sampai rumah, siap mandi dan berbaju tido, disuruh pergi balik Daiso Itaewon beli tupperware makanan untuk buat bekalan esok hari. Walau dah dalam baju tidur, kitorang keluar. Waktu tu 9:30, Daiso pula tutup pukul 10. Takut tak sempat sampai, kitorang pilih untuk naik taxi. Balik, kitorang jalan kaki. Sejuk tapi sejuk yang boleh tahan. Macam dalam freezer ditambah dengan angin malam yang sepoi sepoi.
Thank you.
Labels: Korea
D-1 K O R E A 2 0 2 0
Jadi, dalam flight tu aku ambil seat tepi tingkap. Time tu lapar gila sebab pagi tadi tak sempat makan. Berangan dan berharap sangat menu Chatime yang bandung tu still ada lagi dijual tapi diorang dah tukar menu. 2 kali tau kitorang order makan atas tu. Lapar punya pasal. Last year, mirza ambil flight malam. Tak selesa macam mana pun, tetap boleh tidur jugalah. Walaupun kejap kejap terjaga. Tapi kalini, aku tak boleh tidur langsung. Excited sangat rasanya tu. Sakit mata pandang awan yang terang benderang kat luar.
Se-sampainya kitorang di bumi Korea. Ya allah, level excited aku sumpah tak boleh control. Dari atas flight sampailah ke area immigration, aku tersengih je. Kapal tak berhenti lagi, aku dah asyik sentuh cermin tingkap. Jakun betul bila terigat balik. Maafkanlah seorang yasmin yang baru pertama kali merasai musim sejuk. Never in my whole life aku berangan untuk ke korea waktu musim sejuk. Alhamdulilah.
Settle semua urusan, kami pun beramai ramai keluar dari ruang dalam airport tu. Terbukak je pintu depan airport, angin sejuk terus mencucuk. Masyaallah, sejuk sangat! Ditambah pula, waktu tu hujan. Baju sejuk yang tak zip terus aku zip sampai ke atas. Tutup habis. Berasap-asap mulut semua orang bila bercakap. Masyaallah. Walaupun sejuk sampai ke tulang, muka tak lekang dengan sengihan dan senyuman. haha
Labels: Korea
K O R E A 2 0 2 0
Thursday, April 2, 2020
Aku pernah baca pengalaman orang lain, kalau kita pandai berjimat, bawa RM 1000 pun boleh hidup selama 5 hari di Korea. Tapi semua benda kena biasa biasa lah. Tak boleh sangat makan sedap, kena naik subway, tak boleh naik taxi sangat, kena tido tempat murah atau addordable lah. Tapi kalau boleh, bawalah RM 2000 dan lebih supaya korang rasa seronok kat Korea ni. Dah nama pun melancong takkan korang nak kena ikat perut juga 😟. Tempat tinggal tu ambil airbnb, sumpah lawa! Jangan lupa untuk ke Everland! Ada duit lebih, pergi Busan. Jangan duduk dalam Seoul je. Bosan. Umpama bandar Kuala Lumpur je Seoul tu. Lebih baik bercuti di KL je.
(1).jpg)















Not just growing older, but growing deeper.